Apa khabar semua, masih duduk rumah ke tu? 😅
Sementara kita semua duduk rumah ni, harini Rhys masuk cabaran #KepciKitchen dan cuba masak resipi mudah tapi sedap di rumah. Harini rhys nak tunjuk macam mana boleh masak "Cheesy Chicken Nugget Pasta" menggunakan 6 Piece Chicken Nugget dan Jalapeno Cheese Sauce dari @kfcmalaysia delivery. Ya betul, walaupun kita kena duduk rumah, KFC masih buka untuk Delivery, Self Collect, Takeaway dan Drive Thru 👍
Resipi ni senang sahaja dan confirm rasa sedap dan sangat-sangat cheesy. Nah resipi nya...
📝Bahan-Bahan:
6 piece KFC Chicken Nuggets (dari KFC delivery - guna kod "FREEDELIVERY" untuk delivery percuma!)
2 pot of Jalepeno Cheese Sauce (dari KFC delivery - guna kod "FREEDELIVERY" untuk delivery percuma!)
1 mangkuk macaroni pasta
1 mangkuk susu
1 mangkuk keju
2 sudu mentega
🍳Cara-Cara Memasak:
1) Rebuskan air dan masak pasta sehingga siap (dalam 7-10 minit sahaja)
2) Selepas siap masak, buang air lebih dan keluarkan pasta dari periuk
3) Potong nugget kecil-kecil
4) Masukkan mentega, susu, keju dan satu pot Jalepeno Cheese Sauce dalam periuk dan kacau
5) Panaskan periuk dengan api perlahan sehingga mentega dan keju cair
6) Masukkan pasta dan nugget
7) Kacau sehingga sebati dan dah jadi pekat
8) Hidang dan makan panas-panas
9) Kalau nak tambah rasa cheesy boleh tambah lebih Jalepeno Cheese Sauce atas
Selamat mencuba 😋
Kalau anda rasa ada resipi sendiri yang boleh guna makanan dari KFC, boleh juga masuk cabaran #KepciKitchen 🍲 Kongsikan resipi anda berserta dengan hashtag #KepciKitchen :-)
.
#KepciKitchen #StayHome #DudukRumah